Sunday, June 19, 2022

MASJID KRISTAL

 


Masjid Kristal ini dirasmikan pada tahun 2008 dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat.


Masjid Kristal Terengganu merupakan salah satu masjid yang unik dan mempunyai personalitinya yang tersendiri. Selain itu, ia juga merupakan salah satu tarikan pelancongan utama yang ada di bandar Kuala Terengganu dan keindahannya memang tidak dinafikan.


Kedudukan Masjid Kristal ini yang dibina diatas Sungai Terengganu membuatkan ianya seolah-olah terapung seperti Masjid Terapung di Kuala Ibai. Selain anda boleh ke sini untuk melihat lebih dekat, anda juga boleh menaiki cruise di Sungai Terengganu untuk melihat keindahan Masjid Kristal ini dari Sungai. Kalau pada waktu tengahari diwaktu matahari sedang terik, anda dapat melihat pantulan cahaya matahari yang membuatkan masjid ini seolah-olah kuning keemasan dari luar.



No comments:

Post a Comment

MASJID KRISTAL 2024